Asslamaualaikum...
Maaf setelah sekian lama tidak update blog ni.. Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin..pada semua yang mengenali diri ini...pada kawan2 saudara2 adik beradik..customer dan jiran2 yang dikasihi sekalian...pada kawan2 kat UNITAR wish me luck ye.. dan semua la yg mengenali diri ini.. Ampun maaf dipinta sempena bulan yg mulia ini... halalkan segala makan dan minum selama kita berkawan ye.. pastu pada semua customer yang saya amat hargai..tanpa kalian siapa la saya pada hari ini... kak Ida di US semoga bergembira disana tak balikM'sia ke? mcmana bisnes akak ok ke? Maaf la tak sempat emel akak lg.. nnti kita borak2 lagi ye..
Cerite Seorang Anak, Isteri dan Ibu...
- Ibu Nabilah,Nabil,Nabihah,Naufal......
- "In a way, I am grateful for sad moments because it makes me appreaciate the happy moments even more. Many things make me happy but the most blissful happiness i feel is when I am with my lovely 'hubby' & '4 wonderful kids' 'my big family' and jolly friends. I think our joyful laughter makes everyone happy and cheeful too".
Saturday, October 3, 2009
Saturday, June 6, 2009
Baju kurung Haifa Collection kini kembali
Assalamualaikum...
Baju kurung Haifa Collection akan berada di pasaran pada minggu hadapan. Seperti biasa koleksi haifa collection adalah baju kurung, baju kurung pahang dan baju kurung pesak gantung. Untuk kali ini baju kurung haifa collection hanya menawarkan saiz SS, S, M dan L sahaja. Kepada yang berminat untuk membeli secara borong anda boleh datang ke kedai kami di myC-ni Shoppe, Central Mart Saujana Utama Sungai Buloh.
Monday, June 1, 2009
Perginya seorang teman
Ahad yang lepas dpt panggilan telefon dari Ija (exclassmate) bagitau ada kawan kami yang meninggal Rizal (mcm nama suami ku) suami kepada kawan baikku suatu ketika dulu Aleyza kasim. (banyak kenangan semasa lalu dengan mereka ini) tapi itu semua dah tinggal kenangan yang tak mungkin akan berulang kembali. Arwah meninggalkan kak eli dengan 2 org anak lelaki masing2 berusia 4 dan 1 tahun. Masih kecil lagi untuk mengetahui keadaan sebenar..kesian k eli sedih rasanya bila mendengar suaranya sayut2 kedengaran di corong telefon setelah hampir 8 tahun tidak bertemu dan berbual. Arwah meninngal hanya kerana sesak nafas dan terus pengsan dan meninggal. Ini dimaklumkan oleh k eli sendiri. Arwah seorang yang baik walaupun tak berapa kenal tapi dari raut wajah nya arwah seorg yang baik. Terkenang semasa dulu sewaktu dia nak mengorat K eli.. yang menjadi org tgh adalah saya dengan k liza johor (mana la k liza skrg ) nak bg no telefon umah sewa kami pada arwah... jumpanya nunnn kami jumpa dia di library.. kelakar rasanya pada masa itu.. apa yang arwah cakap masa tu.. dia mmg suka k eli tetapi tak berani nak suarakan kerana masih belajar.. arwah ckp tunggu dia dah kumpul duit baru dia berani nak mendekati k eli... itu lah dah jodoh mereka akhirnya mereka di satukan. Difahamkan arwah adalah pegawai tentera bermakna arwah adalah Kapten Muhammad Rizal. Semoga arwah tenang disana dan dicucri rahmat. Orang yang baik .. Allah sayang sebab itu.... Kepada K eli semoga tabah menghadapi segala dugaan dan saya tahu kak eli mmg seorang yang tabah kerana selama mereka berkahwin ..perkahwinan mereka adalah perkahwinan jarak jauh.. seorng di Kulai seorg di Kelantan... Alfatihah untuk arwah..
gambar dapat dari meen..arwah yg baju hitam. gambar k eli tak dak la pulak(lama dah tak jumpa)
My 7th Wedding Anniversary ...
1/6/2009 adalah hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke 7 dengan suami Muhammad Rizal Bin Osman. Dah 7 tahun rupanya kawin. Selama 7 tahun ini lahirlah 2 puteri dan 2 putera kami, Nur Afrina Nabilah 6 tahun, Muhammad Iman Nabil 5 tahun, Nur Haifa Nabihah 1 tahun 8 bulan dan yang terbaru Muhammad Aqil Naufal 3 bulan. Semoga perkahwinan ini diberkati dan dimurahkan rezeki. Semoga kasih sayang kami sekeluarga lebih utuh dan abadi selamanya. Semoga dengan bertambahnya usia perkahwinan ini akan lebih mematangkan kami seiring dengan bertambahnya usia. Bertambahnya usia bermakna bertambahlah amal ibadat yang wajib dilakukan. Semoga kami tabah dalam menghadapi segala dugaan. Amin.
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN ABANG.
Wednesday, May 20, 2009
Laris mcm pisang goreng
Alhamdulillah... sempena teacher's day kedai ku laku mcm pisang goreng ke goreng pisang.. nasib baik bawak masuk brg gift cepat2 klu tidakk tak dpt la sale yg begitu memberansangkan tu.. maksu yg dok selayang pon datang beli kat kedai kami .. bagi moral support ..tq maksu .. nnti datang la lagi.. betui2 tak sangka barang amik hari sabtu kebanyakkannya sold out. kene le top up lagi... yang memo clip tu tak sampai 3 hari jual dah habis sbb 2 org customer beli borong tq ya Siti dari Miri Sarawak(beli online ni) and jugak 'moon' adik comel nak bagi kat lecturer dia... saja nak cerite ..semoga dengan keadaan mcm tu akan terus berkekalan .. semoga murah ler rezeki kami anak beranak.. bukan senang nak handle kedai dengan tak ada lansung pengalaman ni.. gamble sahaja.. tapi berdoa itu yg paling utama.. barang2 dlm kedai akan ditambah dari masa kesemasa .. insyaAllah bulan tujuh nnti nak jual kuih raya plak..gerenti sedap kuih ni.. tapi mahal la sikit ... klu nak sedap kene la mahal sikit ..lg pon kos bahan semua dah naik.. so biskut pon naik harga.. baju kurung tetap ada.. insyaAllah saya akan sediakan dlam 100 psg lagi baju kurung... so pemborong/ pembeli apa tunggu lagi nnti kemunculan baju kurung 'Haifa Collection'.. Lastly pada kawan ku ex-lecturer "selamat hari guru" walaupun semua itu dah tinggal kenangan tapi sifat 'guru' itu masih kekal dihati kita... pada kawan2 yg msih lagi bertugas sbg lecturer ..teruskan pejuangan kalian semoga ilmu yg kalian sampaikan akan diredhai dan memberi pahala kepada kalian semua.. hidup cikguuuuu
Monday, May 11, 2009
Jom tgk2 kedai ku...
Monday, May 4, 2009
myC-ni Shoppe dah bukak 4 hari..
Alhamdulillah .. dah 4 hari kedai ku itu dibukak so far alhamdulillah ada jugak sale.. first day dapatlah rm200 lebih.. bagi kami byk la tu ...klu org lain sale rm200 mungkin sikit.. tp bg kami yg baru bukak kedai ni plus tak dak experience lansung pasai kedai..rasa seronok sgt dan bersyukur dgn sambutan yg diberi... walaupun tak buat iklan apa2.. mengharap kan org walk- in saja.. kira ok la tu.. ala dalam kawasan saujana utama ja.. customer kebanyakan dari org saujana utama, desa colfield, merbau sempak and puncak alam atas nun... so far feedback customer memberansangkan..insyaAllah lepas ni kami akan edar flyers pada penduduk di sini... asyik lupa ja na amik gambar kedai .. insyaAllah esok2 saya amik ok.. so kawan2 doakanlah kejayaan kedai ku ini... lepas ni nak tambah produk english style dan gift lagi... selain jual secara offline kami juga jual secara online.. alhamdulillah dah dpt sorang customer yg beli secara online ..besok saya pos brg dia .. i dah create blog for my shop .. ni add dia http://myc-nishoppe.blogspot.com/ nnti semua produk saya masukkan dlm tu.. so far tak update apa2 lg dlm tu... tak sempat.. sabar ye kawan2 ..
ni contoh baranng yg daku jual.. yg ni semua dr SSF harga lagi murah dari SSF..
Subscribe to:
Posts (Atom)





