Cerite Seorang Anak, Isteri dan Ibu...

My photo
"In a way, I am grateful for sad moments because it makes me appreaciate the happy moments even more. Many things make me happy but the most blissful happiness i feel is when I am with my lovely 'hubby' & '4 wonderful kids' 'my big family' and jolly friends. I think our joyful laughter makes everyone happy and cheeful too".

Thursday, February 28, 2008

Baju Kurung Siap Haifa Collection

Hampir sebulan di lancarkan .. Haifa Collection sudah byk terjual.. sehinggakan permintaan melebihi bekalan. Haifa Collection menawarkan baju kurung siap dengan harga yang amat berpatutan. Kami menawarkan pembelian secara borong dan runcit. Terdapat 3 jenis design yang ditawarkan iaitu baju kurung pesak biasa( ada lis) , baju kurung pahang(pesak buloh) dan baju kurung pesak gantung. Harga adalah bergantung kepada jenis kain dan design. Bagi yang ingin berniaga secara kecil-kecilan bolehlah cuba jenama kami . InsyaAllah anda akan berpuas hati. Sebab produk kami insya Allah bagus dan sedap di pakai. Nampaknya terpaksa la customerku menunggu dalam sikit masa lagi sementara bekalan akan siap. Kami jual based on first come first serve ... stok sentiasa tidak mencukupi.. Alhamdullillah sambutan amat mengalakkan..Insya Allah kami berusaha untuk memenuhi permintaan semua pihak dalam masa terdekat ini.. berikut adalah sample baju yg kami jual tp dah tak dak stok. (sory klu nampak selerak sikit)

SILA HUBUNGI SAYA UNTUK KETARANGAN LANJUT:
tel/sms : 019-2143118 (pn Niza)
ym : nsr1998
emel : mycnishoppe@gmail.com

Sunday, February 24, 2008

Haifa masuk wad...cian dia

Baru cuti seminggu balik kg balik sini kene cuti lagi ... Haifa admitted.. Kat DEMC .Kesian dia ...dah la masa dalam pantang kene juandis (betui ka eja macam tu) sampai habis pantang.. last week dok wad 6 hari 5 malam..rasa macam pi bercuti n dok hotel la plak..ye la klu dah semua berkampung kat situ..dengan husband skli pegi opis dari spital.. haifa jadi mcm penat sbb kahak banyak sangat .. mcm2 la kene nebuliser la inhealer la..mcm2 la ... mcm tu la hakim anak mama fidah kene tu.. kesian kan budak2 kecik kene ubat mcm2... masa dua anak dulu tak dak la pulak jadi mcm tu.. itu la ujian dari Allah swt kita kene terima dan redha. Anggap la mungkin ada hikmah di sebaliknya.. Allah nak menguji hambaNya tahan ke idak dugaan yang secoek tu... tak pa la eden redha dan alhamdulillah Haifa pon dah beransur pulih.. tp masih lagi ada sikit2... ingat hati dah nak berenti keje.. tp hold dulu sampai end of this semester.. InsyaAllah.. mudah2an tercapai jua impian ku.. dah tak sabar dah ni nak dok umah jaga anak sendiri.... penat pun penat la.. berenti tak bermakna kita dok goyang kaki tp duit still masuk la jugak kan... BERNIAGA DARI RUMAH.... jom join bisnes ngan den... so far tgh rancak la jugak..

Tuesday, February 12, 2008

Selamat Pengantin Baru Adikku....

Ermmm....tanggal 3/2/2008 hari ahad hari tu ...selamat sudah adikku jadi isteri org...kira dia pecah rekod la dalam family kawin paling lewat 27 tahun ... paling muda kawin 23 tahun... hehehehe tak kisah la yang penting dia dah kawin.. dah jadi bini orang dah.. semoga menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali... kesian la kat dia jadi bibik kami lama sangat ... mesti dia bosan dok ngan kami..tapi kami mmg respek kat dia tak pernah nak mengeluh walhal anak-anak den ni semua lasak tak sangga... :) tapi alhamdulillah suaminya seorang yang baik dan memahami seperti suamiku yang tercenta... mudah-mudahan mereka bahagia hingga ke akhir hayat... Jasamu amat kakakmu dan abangmu hargai tiada yang terbaik selain dari ko menjaga anak kami...huhu sedih la pulok... ini serba sedikit gambar yang sempat dirakamkan semasa kenduri dia hari tu... saksikan...


Di umah den..


di umah suami dia ... bersama mak andamnnya(adik ipaq den jugak) ..gambaq sebelah bersama mak ngan mak mertua dia...nabilah pon sibuk sama...

Sunday, February 10, 2008

Seminggu yang memenatkan..

Alhamdulillah.. selamat jugak akhirnya makdak yanti kawin.. penat sungguh buat kenduri kawin ni..almaklumlah kenduri kat kampung mana buat katering.. kami masih lagi mengekalkan budaya bergotong royong dlm kenduri kendara. Tapi mak saya masuk 'syarikat' so tak ler teruk sbb ahli syarikat akan settlekan semua.. tuan rumah cuma tolong je apa yang patut... Dalam nak kenduri kami sempat lagi berbisnes..hehehehe cuma tak bukak booth saja pada hari kenduri tu... itu dah kira melampau tu..hehehe.... balik kg ari tu sempat la pegi ambil baju kurung yang ditempah 2 minggu sebelum ni.. bukan satu atau dua tp 47 pasang baju pelbagai jenis ada baju kurung biasa, baju kurung pesak gantung dan bajukurung pahang... jual dengan harga yang amat murah separuh harga kat butik... almaklumlah jual kat org kampung.. tak leh jual mahal.. kena pulak org kampung baru tuai padi so sekarang ni org kampung saya tengah kaya.... ambik kesempatan la jugak.... hehehehhe... kami bawak balik jugak kain pasang 2 kodi tinggal 22 pasang je.. ok la rezeki masa kenduri... gambar tak sempat nak amik la plak... sebab laris sangat... ini bisnes terbaru kami 'haifa collection'. Menjual baju kurung siap dalam pelbagai harga, saiz dan jenis dengan harga yang amat berpatutan... so alhamdulillah jualan amat memberangsangkan... dan kami akan menambahkan lagi koleksi kami dari masa kesemasa.. dengan label HAIFA COLLECTION...