Cerite Seorang Anak, Isteri dan Ibu...

My photo
"In a way, I am grateful for sad moments because it makes me appreaciate the happy moments even more. Many things make me happy but the most blissful happiness i feel is when I am with my lovely 'hubby' & '4 wonderful kids' 'my big family' and jolly friends. I think our joyful laughter makes everyone happy and cheeful too".

Saturday, June 6, 2009

Baju kurung Haifa Collection kini kembali

Assalamualaikum...
Baju kurung Haifa Collection akan berada di pasaran pada minggu hadapan. Seperti biasa koleksi haifa collection adalah baju kurung, baju kurung pahang dan baju kurung pesak gantung. Untuk kali ini baju kurung haifa collection hanya menawarkan saiz SS, S, M dan L sahaja. Kepada yang berminat untuk membeli secara borong anda boleh datang ke kedai kami di myC-ni Shoppe, Central Mart Saujana Utama Sungai Buloh.

Monday, June 1, 2009

Perginya seorang teman

Ahad yang lepas dpt panggilan telefon dari Ija (exclassmate) bagitau ada kawan kami yang meninggal Rizal (mcm nama suami ku) suami kepada kawan baikku suatu ketika dulu Aleyza kasim. (banyak kenangan semasa lalu dengan mereka ini) tapi itu semua dah tinggal kenangan yang tak mungkin akan berulang kembali. Arwah meninggalkan kak eli dengan 2 org anak lelaki masing2 berusia 4 dan 1 tahun. Masih kecil lagi untuk mengetahui keadaan sebenar..kesian k eli sedih rasanya bila mendengar suaranya sayut2 kedengaran di corong telefon setelah hampir 8 tahun tidak bertemu dan berbual. Arwah meninngal hanya kerana sesak nafas dan terus pengsan dan meninggal. Ini dimaklumkan oleh k eli sendiri. Arwah seorang yang baik walaupun tak berapa kenal tapi dari raut wajah nya arwah seorg yang baik. Terkenang semasa dulu sewaktu dia nak mengorat K eli.. yang menjadi org tgh adalah saya dengan k liza johor (mana la k liza skrg ) nak bg no telefon umah sewa kami pada arwah... jumpanya nunnn kami jumpa dia di library.. kelakar rasanya pada masa itu.. apa yang arwah cakap masa tu.. dia mmg suka k eli tetapi tak berani nak suarakan kerana masih belajar.. arwah ckp tunggu dia dah kumpul duit baru dia berani nak mendekati k eli... itu lah dah jodoh mereka akhirnya mereka di satukan. Difahamkan arwah adalah pegawai tentera bermakna arwah adalah Kapten Muhammad Rizal. Semoga arwah tenang disana dan dicucri rahmat. Orang yang baik .. Allah sayang sebab itu.... Kepada K eli semoga tabah menghadapi segala dugaan dan saya tahu kak eli mmg seorang yang tabah kerana selama mereka berkahwin ..perkahwinan mereka adalah perkahwinan jarak jauh.. seorng di Kulai seorg di Kelantan... Alfatihah untuk arwah..

gambar dapat dari meen..arwah yg baju hitam. gambar k eli tak dak la pulak(lama dah tak jumpa)

My 7th Wedding Anniversary ...

1/6/2009 adalah hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke 7 dengan suami Muhammad Rizal Bin Osman. Dah 7 tahun rupanya kawin. Selama 7 tahun ini lahirlah 2 puteri dan 2 putera kami, Nur Afrina Nabilah 6 tahun, Muhammad Iman Nabil 5 tahun, Nur Haifa Nabihah 1 tahun 8 bulan dan yang terbaru Muhammad Aqil Naufal 3 bulan. Semoga perkahwinan ini diberkati dan dimurahkan rezeki. Semoga kasih sayang kami sekeluarga lebih utuh dan abadi selamanya. Semoga dengan bertambahnya usia perkahwinan ini akan lebih mematangkan kami seiring dengan bertambahnya usia. Bertambahnya usia bermakna bertambahlah amal ibadat yang wajib dilakukan. Semoga kami tabah dalam menghadapi segala dugaan. Amin.

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN ABANG.