Ahad yang lepas dpt panggilan telefon dari Ija (exclassmate) bagitau ada kawan kami yang meninggal Rizal (mcm nama suami ku) suami kepada kawan baikku suatu ketika dulu Aleyza kasim. (banyak kenangan semasa lalu dengan mereka ini) tapi itu semua dah tinggal kenangan yang tak mungkin akan berulang kembali. Arwah meninggalkan kak eli dengan 2 org anak lelaki masing2 berusia 4 dan 1 tahun. Masih kecil lagi untuk mengetahui keadaan sebenar..kesian k eli sedih rasanya bila mendengar suaranya sayut2 kedengaran di corong telefon setelah hampir 8 tahun tidak bertemu dan berbual. Arwah meninngal hanya kerana sesak nafas dan terus pengsan dan meninggal. Ini dimaklumkan oleh k eli sendiri. Arwah seorang yang baik walaupun tak berapa kenal tapi dari raut wajah nya arwah seorg yang baik. Terkenang semasa dulu sewaktu dia nak mengorat K eli.. yang menjadi org tgh adalah saya dengan k liza johor (mana la k liza skrg ) nak bg no telefon umah sewa kami pada arwah... jumpanya nunnn kami jumpa dia di library.. kelakar rasanya pada masa itu.. apa yang arwah cakap masa tu.. dia mmg suka k eli tetapi tak berani nak suarakan kerana masih belajar.. arwah ckp tunggu dia dah kumpul duit baru dia berani nak mendekati k eli... itu lah dah jodoh mereka akhirnya mereka di satukan. Difahamkan arwah adalah pegawai tentera bermakna arwah adalah Kapten Muhammad Rizal. Semoga arwah tenang disana dan dicucri rahmat. Orang yang baik .. Allah sayang sebab itu.... Kepada K eli semoga tabah menghadapi segala dugaan dan saya tahu kak eli mmg seorang yang tabah kerana selama mereka berkahwin ..perkahwinan mereka adalah perkahwinan jarak jauh.. seorng di Kulai seorg di Kelantan... Alfatihah untuk arwah..
gambar dapat dari meen..arwah yg baju hitam. gambar k eli tak dak la pulak(lama dah tak jumpa)
1 comment:
yup.. kapt rezal @ tawel.. mmg gud person.. smpi skrg saya dok ckp ngn hubby " tak sgka.." tkejut sgt dpt msg kehilangan beliau.. he was my hubby's housemte ms sama2 kursus juruterbang tentera kt ipoh.. selalu beliau tumpang kete hubby dr ipoh ke kulai.. so, selalu gak satu kete ngn die ni.. at that time saya kt kl.. semua sesama balik johor.. die sgt baik and happy..
Post a Comment