Cerite Seorang Anak, Isteri dan Ibu...

My photo
"In a way, I am grateful for sad moments because it makes me appreaciate the happy moments even more. Many things make me happy but the most blissful happiness i feel is when I am with my lovely 'hubby' & '4 wonderful kids' 'my big family' and jolly friends. I think our joyful laughter makes everyone happy and cheeful too".

Saturday, October 3, 2009

Selamat HAri Raya Maaf zahir Batin


Asslamaualaikum...
Maaf setelah sekian lama tidak update blog ni.. Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin..pada semua yang mengenali diri ini...pada kawan2 saudara2 adik beradik..customer dan jiran2 yang dikasihi sekalian...pada kawan2 kat UNITAR wish me luck ye.. dan semua la yg mengenali diri ini.. Ampun maaf dipinta sempena bulan yg mulia ini... halalkan segala makan dan minum selama kita berkawan ye.. pastu pada semua customer yang saya amat hargai..tanpa kalian siapa la saya pada hari ini... kak Ida di US semoga bergembira disana tak balikM'sia ke? mcmana bisnes akak ok ke? Maaf la tak sempat emel akak lg.. nnti kita borak2 lagi ye..

Saturday, June 6, 2009

Baju kurung Haifa Collection kini kembali

Assalamualaikum...
Baju kurung Haifa Collection akan berada di pasaran pada minggu hadapan. Seperti biasa koleksi haifa collection adalah baju kurung, baju kurung pahang dan baju kurung pesak gantung. Untuk kali ini baju kurung haifa collection hanya menawarkan saiz SS, S, M dan L sahaja. Kepada yang berminat untuk membeli secara borong anda boleh datang ke kedai kami di myC-ni Shoppe, Central Mart Saujana Utama Sungai Buloh.

Monday, June 1, 2009

Perginya seorang teman

Ahad yang lepas dpt panggilan telefon dari Ija (exclassmate) bagitau ada kawan kami yang meninggal Rizal (mcm nama suami ku) suami kepada kawan baikku suatu ketika dulu Aleyza kasim. (banyak kenangan semasa lalu dengan mereka ini) tapi itu semua dah tinggal kenangan yang tak mungkin akan berulang kembali. Arwah meninggalkan kak eli dengan 2 org anak lelaki masing2 berusia 4 dan 1 tahun. Masih kecil lagi untuk mengetahui keadaan sebenar..kesian k eli sedih rasanya bila mendengar suaranya sayut2 kedengaran di corong telefon setelah hampir 8 tahun tidak bertemu dan berbual. Arwah meninngal hanya kerana sesak nafas dan terus pengsan dan meninggal. Ini dimaklumkan oleh k eli sendiri. Arwah seorang yang baik walaupun tak berapa kenal tapi dari raut wajah nya arwah seorg yang baik. Terkenang semasa dulu sewaktu dia nak mengorat K eli.. yang menjadi org tgh adalah saya dengan k liza johor (mana la k liza skrg ) nak bg no telefon umah sewa kami pada arwah... jumpanya nunnn kami jumpa dia di library.. kelakar rasanya pada masa itu.. apa yang arwah cakap masa tu.. dia mmg suka k eli tetapi tak berani nak suarakan kerana masih belajar.. arwah ckp tunggu dia dah kumpul duit baru dia berani nak mendekati k eli... itu lah dah jodoh mereka akhirnya mereka di satukan. Difahamkan arwah adalah pegawai tentera bermakna arwah adalah Kapten Muhammad Rizal. Semoga arwah tenang disana dan dicucri rahmat. Orang yang baik .. Allah sayang sebab itu.... Kepada K eli semoga tabah menghadapi segala dugaan dan saya tahu kak eli mmg seorang yang tabah kerana selama mereka berkahwin ..perkahwinan mereka adalah perkahwinan jarak jauh.. seorng di Kulai seorg di Kelantan... Alfatihah untuk arwah..

gambar dapat dari meen..arwah yg baju hitam. gambar k eli tak dak la pulak(lama dah tak jumpa)

My 7th Wedding Anniversary ...

1/6/2009 adalah hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke 7 dengan suami Muhammad Rizal Bin Osman. Dah 7 tahun rupanya kawin. Selama 7 tahun ini lahirlah 2 puteri dan 2 putera kami, Nur Afrina Nabilah 6 tahun, Muhammad Iman Nabil 5 tahun, Nur Haifa Nabihah 1 tahun 8 bulan dan yang terbaru Muhammad Aqil Naufal 3 bulan. Semoga perkahwinan ini diberkati dan dimurahkan rezeki. Semoga kasih sayang kami sekeluarga lebih utuh dan abadi selamanya. Semoga dengan bertambahnya usia perkahwinan ini akan lebih mematangkan kami seiring dengan bertambahnya usia. Bertambahnya usia bermakna bertambahlah amal ibadat yang wajib dilakukan. Semoga kami tabah dalam menghadapi segala dugaan. Amin.

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN ABANG.

Wednesday, May 20, 2009

Laris mcm pisang goreng

Alhamdulillah... sempena teacher's day kedai ku laku mcm pisang goreng ke goreng pisang.. nasib baik bawak masuk brg gift cepat2 klu tidakk tak dpt la sale yg begitu memberansangkan tu.. maksu yg dok selayang pon datang beli kat kedai kami .. bagi moral support ..tq maksu .. nnti datang la lagi.. betui2 tak sangka barang amik hari sabtu kebanyakkannya sold out. kene le top up lagi... yang memo clip tu tak sampai 3 hari jual dah habis sbb 2 org customer beli borong tq ya Siti dari Miri Sarawak(beli online ni) and jugak 'moon' adik comel nak bagi kat lecturer dia... saja nak cerite ..semoga dengan keadaan mcm tu akan terus berkekalan .. semoga murah ler rezeki kami anak beranak.. bukan senang nak handle kedai dengan tak ada lansung pengalaman ni.. gamble sahaja.. tapi berdoa itu yg paling utama.. barang2 dlm kedai akan ditambah dari masa kesemasa .. insyaAllah bulan tujuh nnti nak jual kuih raya plak..gerenti sedap kuih ni.. tapi mahal la sikit ... klu nak sedap kene la mahal sikit ..lg pon kos bahan semua dah naik.. so biskut pon naik harga.. baju kurung tetap ada.. insyaAllah saya akan sediakan dlam 100 psg lagi baju kurung... so pemborong/ pembeli apa tunggu lagi nnti kemunculan baju kurung 'Haifa Collection'.. Lastly pada kawan ku ex-lecturer "selamat hari guru" walaupun semua itu dah tinggal kenangan tapi sifat 'guru' itu masih kekal dihati kita... pada kawan2 yg msih lagi bertugas sbg lecturer ..teruskan pejuangan kalian semoga ilmu yg kalian sampaikan akan diredhai dan memberi pahala kepada kalian semua.. hidup cikguuuuu

Monday, May 11, 2009

Jom tgk2 kedai ku...

Mr Director of myC-ni Shoppe.. depan tu bunga pahar / telur dr kertas surat khabr juga ..
sebahagian dari kraf dari surat khabar.. cantik dak.. dgn frame canvas printed
sebelah kanan kedai... dekorasi kedai semuanya my husband yg design... kekeke cantik tak..
in front of my shop.. mcm tak byk barang kan.. kedainya besaq sbb tu ada byk phase masuk barang dlm kedai... kiranya ini yg latest laa...
lagi dari sudut kanan

hot items .. fragrance sachet and beads

from left side of view.. gift ..
sponser by Mr Director (my hubby la..) tq abang ..lepas ni tak ler customer kira panas kan.. pensonic remote fan... byk dah abang sponser utk kedai kita ni... terima kasih byk2 na...
tak lupa my bisnes card.. designed by Mr D... kiranya everything my hubby la ..i'm just accept everything he done...

Monday, May 4, 2009

myC-ni Shoppe dah bukak 4 hari..

Alhamdulillah .. dah 4 hari kedai ku itu dibukak so far alhamdulillah ada jugak sale.. first day dapatlah rm200 lebih.. bagi kami byk la tu ...klu org lain sale rm200 mungkin sikit.. tp bg kami yg baru bukak kedai ni plus tak dak experience lansung pasai kedai..rasa seronok sgt dan bersyukur dgn sambutan yg diberi... walaupun tak buat iklan apa2.. mengharap kan org walk- in saja.. kira ok la tu.. ala dalam kawasan saujana utama ja.. customer kebanyakan dari org saujana utama, desa colfield, merbau sempak and puncak alam atas nun... so far feedback customer memberansangkan..insyaAllah lepas ni kami akan edar flyers pada penduduk di sini... asyik lupa ja na amik gambar kedai .. insyaAllah esok2 saya amik ok.. so kawan2 doakanlah kejayaan kedai ku ini... lepas ni nak tambah produk english style dan gift lagi... selain jual secara offline kami juga jual secara online.. alhamdulillah dah dpt sorang customer yg beli secara online ..besok saya pos brg dia .. i dah create blog for my shop .. ni add dia http://myc-nishoppe.blogspot.com/ nnti semua produk saya masukkan dlm tu.. so far tak update apa2 lg dlm tu... tak sempat.. sabar ye kawan2 ..

ni contoh baranng yg daku jual.. yg ni semua dr SSF harga lagi murah dari SSF..

Monday, April 27, 2009

myC-ni Shoppe

Ini lah nama kedai kami yang sekian lama dok cari..keekekek kelakar tak nama tu ... tp bila cek kat internet rupa nya nama tu CNI punya website tapi tak pa sbb dah suka nama tu ada ciri2 org utara kan.. so pilih gak nama tu So jadi nama kedai kami "myC-ni Shoppe" .. I'm the manager and my husband the Director kekekekeke... mcm tak caya la dah ada kedai sendiri... semalam tgh2 dok setup2 tu kedai tak bukak lagi tp dah dpt sorang customer.. alhamdulillah tak bukak lagi dah ada customer yg beli ...mudah2an dah bukak nnti ramai la customer ku yg dtg... apa yg ada dlm kedai ku ... actually dah lari jauh apa yg saya dok jual sebelum ni... kedai ni ada lah kedai gift and home deco .. jauh sgt kan ... tak tau camna leh jadi mcm tu... tak pa la kira dpt bukak kedai jadi la ... ada hiasan rumah tu lebih kepada krat tali jut, kraf surat kabar lama dan mungkin ada jugak barang2 dari SSF... jadi dealer dia... korang bayangkan 'pn nor' yang korang kenal ni nak jadi mcm ERIC LEONG... lepas ni meh le ke DECO BERSAMA PN NOR kkekekeke... actually tak dak seni sgt hiasan rumah tp i try my best la... bisnes card dah siap nnti leh distribute kat kawan2 ... My husband yg design sendiri.. nti tgk na...tunggu i masuk opis i bagi ok..

Friday, April 24, 2009

Kedaiku..

Alhamdulillah dah dpt kunci kedai dan dah pi tgk and letak sikit2 barang dalam tu...rupanya besar jugak kedai ku itu.. erm mcmana ni mcm nak kene tambah barang ja.. sapa ada cadangan nak jual apa habaq la... atau ada barang yg nak letak kat kedai kami boleh la kita dicuss.. tadi pegi cuci sawang my hubby la kene buat tu sbb dia tinggi.. eden ni ketot ja.. tq abang tolong saya kemas kedai... bawak nabilah n iman je... haifa n yg kecik dok ngan adik ... sib baik dia ada boleh la tolong tgk2 kan... esok apa plak aktivitinya... ooo nak kene pegi sepang ada kursus free taking and editing photo. boleh la husband ajak joint dia .. so anak2 tinggal umah adik kat puchong ..erm tinggal lagi...keekekek kesian depa... sempat lagi tu dlm dok sibuk nak setup kedai ..boleh lg pi kursus tu...tak pa free la katakan..
ok la ngantuk dah..naak tidor..

Thursday, April 23, 2009

apa cerite ari ni...

Mcm2 yg berlaku sepanjang tempoh berpantang ni.. banyak bende kene pikir ... pikir pasal keluarga.. kerjaya.. dan masa depan... apa yang penting yang dibagitau disini... tak lama lagi kedai impian kami sekeluarga akan dibukak tidak lama lagi... insyaAllah pada secara rasminya pada 1/5 nnti di Pasaraya Central Mart, saujana Utama Sg bUloh... apa yg ada dlm kedai kami ermmm mcm2 ada ..kekekke masih sibuk mencari barang utk dijual... yg paling sibuk adalah my husband kesian sgt ..bayangkan lah pagi pegi keje ptg balik kene pikir pasai kedai kami plak... malam buat keje lagi samapai tgh malam... kesain abangkan... saya sibuk jugak tp ngan anak2 la.. klu dia pegi cari barang kami semua ikut sekali..bayangkan lah dgn si budak kecik kami angkut sekali...tak pa itu la adat org berniaga tak kira apa dugaan yg datang harus ku redahi jua...husband ckp apa "anak dah ramai kene le keje lebih lagi..." erm betui jugak kata abanng tu kan.. tapi mmg la org ckp rezeki anak ada ja kan.. alhamdulillah rezeki kami sekeluarga bertambah klu tak bisnes kecik2 tu ... abang pon dpt byk projek... alhamdulillah... so kawan2 meh beranak byk2... oppss so mcmana dengan kerjaya saya.. masih berkerja atau berenti???? ting tong tungguu.... tak dapat bayangkan dari seorang yang berkerjaya nak jadi suri rumah tangga and mungkin juga usahawan wanita plak lepas ni... tp kira masih ada kerjayakan... tapi kerjaya itu memerlukan komitment yg berbeza... ermmm entahlah semoga semuanya berjalan dengan lancar.... so tunggu saya akan update my store yg masih lagi mencari nama utk kedai tu.. insyaAllah hari ni dpt kunci and malam ni cat ... and this weekend masuk barang... apa yg penting korang mesti datang kedai kami ok... ok la nak mask sat...anak2 tgh tidur tu so sempat la buat apa yg patut...see next time

Tuesday, April 21, 2009

yuhuuuu....I'm back..

almost 2 month dok berkampung kat umah ja... maklumlah dalam pantang so dengan internet sekali pantang heeheheh...anyway nak bagitau actually saya dah bersalin pada 6/3/2009 yang lalu..baby boy yang bernama Muhammad Aqil Naufal(nama pilihan husbanku) seberat 2.9 kg ja itu pon bersalin cukup2 37 minggu... memang dah agak bersalin awal sbb history anak2 sebelum ni semua mcm tu... bersalin kali ni byk dugaan sebenarnya bukan setakat masa bersalin tapi seminggu sebelum bersalin tu dah start dugaannya.. bersalin memang mudah tapi proses masa nak bersalin tu ada cerite keekeekeke...tapi yg itu kita cerite kemudian.. walaubagaimana pon alhamdulillah semuanya selamat... mudah2an dengan kehadiran 'Aqil' bertambahlah rezeki kami sekeluarga ...orang kata anak pembawa rezeki..amin...entry kali ni just nak bagitau ibu kepada 4 orang anak ini akan kembali ke dunia siber..kekeekeke... pada kawan2 yg belum tgk anakku ini lah dia Aqil Naufal (yang cerdik dan dermawan) .. nnti akan update lagi utk latest pic.

ini masa dia baru je keluar dari perut ibu...erm anak 4 dah rupanya..

Thursday, February 19, 2009

Alhamdulillah...sweet genius mendapat sambutan...

Formulasi Homeopati Sweet Genius

Saja nak bagitau pasal produk terbaru yg kami jual.. SweetGenius alhamdulillah mendapat sambutan menggalakkan ... walaupon kebanyakkan nya baru mencuba tapi dah nampak keberkesanannya paling cepat seminggu paling lambat pon 2 ke 3 minggu... sekadar menjual pada kawan2 kat opis dan tadika anak kat Smart Soleh tu dan tadika lama Q Gemilang.. alhamdullillah dah ada repeat order..ok la.. hanya mereka yg dah mencuba tahu keberkesanannya.. Actually ubat ni dah lama di pasaran tp saya baru nak mencuba di kawasan rumah saya... rasa dalam saujana utama belum sampai lagi... Pada mulanya beli utk anak tapi atas galakkan sahabat lama saya ni ..Ainun sbb abah dia yg mengeluarkan produk ini.. saya cuba la utk menjual.. dgn mengambil 100 botol buat permulaan dan semalam kami membuat tambahan sebanyak 150 botol lagi... insyaAllah akan diedarkan diseluruh tadika di kawasan Saujana Utama... dan mungkin akan diedarkan di Putra Medical Centre.. layari website ini utk keterangan lanjut.. http://sweetgenius.blogspot.com/

kelebihan ubat ini selain harganya yg murah tetapi ia boleh juga diamalkan utk org dewasa.. bagi yg sukar menghafal? mudah letih dan mengantuk cuba lah produk ni... saya sedang berusaha mengumpulkan testimonial dari pelanggan2 saya .. insyaAllah saya akan upadate nnti... klu berminat dan nak tahu keterangan lanjut hubungi saya Pn Niza 019-2143118

Wednesday, February 18, 2009

Anak sedara...Muhammad Rafiq Mukhriz

Before n After

Ni anak adik Yanti... anak2 panggil mak ndak...mak ndak ni la jaga depa.. dari umuq nabilah 3 bulan setengah sampai la sebelum lahir nabihah sbb dia dah nak kawin masa tu... so sempat la dia jaga nabilah n iman.. depa dua cukup rapat ngan mak ndak nyer..mak ndak dia pon dok teringat ja kat anak menakan dia tu walaupun dah kawin... bila dpt anak, baru la dia kurang sikit ingatan kat anak2 sbb anak sendiri asyik dok berkepit ngan maminya aja..nak perhatian aja tak leh nak jauh sikit... tidur pon nak berenjut sentiasa...camna tu... ada ckp kat dia mana senang bela..anak dia ka anak2 saya... keekkekek...baru di atau rasa mcmna rasa seorg ibu yg sebenaq.. dia kata anak saya senang bela.. ye la anakku itu tahu depa tak leh nak susahkan mak ndak depa sebab ibu berkerja... mak ndak ni dia tak keja so anak dia manja la ngan maminya.. tapi kesian gak ngan adikku itu sbb dah kurus naa dah ... anak asyik dok pam..dia plak tak lalu nak makan.. biasa la pengorbanan seorang ibu utk anak apa saja kehendak anak akan ditunaikan.. tapi itu la...kena la byk bersabar dlm semua hal.. begitu jugak dgn mak2 kita.. dah ada anak baru tahu bagaimana perasan mak kita masa jaga kita masa kecik2 dulu... sekarang masa kita pulak.. so hargailah ibu..mak.. mak mentua(mak mentua pon mcm mak kita jugk..) kita sementara dia masih ada..

Monday, February 16, 2009

Continued our story mory..

Actually tak dak mende nak sambung sangat sbb tak byk aktiviti pon masa pi Melaka kali ni… just lepas pi naik kapal tu ..dah tiba masa makan time so pi la makan pulak.. still dok teringat asam pedas . Pi cari kat Bandar hilir tu ada jugak restoren asam pedas yg best tapi dah tak ingat nama dia… nnti klu ingat i update later ok.. lepas makan balik terus ..ibu pon dah semput ..mengah ..letih tak larat dah.. nak jalan apa.. So anyway tq to my hubby for this vacation.. best walaupon penat… anak2 la kot yg seronok sgt sbb dpt mandi swimming pool tu.. yg lain seronok jalan-jalan kat Bandar melaka…Nanti kita pi terenngganu plak na… actually hubby nak pi terengganu tp ibu dah tak larat .. lepas anak besaq sikit kita pi sana ye bang… Klu larat lagi ari tu nak pi la jugak Kem terendak… tmpt main masa kecik2 dulu.. nak la tunjuk kat anak2, ibu pernah dok sana dulu.. masa arwah abah ada mmg ada impian nak bawak arwah abah dtg bila dah kawin ...tapi Allah lebih sayangkan abah ...abah pergi meninggalkan kami sekeluarga... ish sedih la plak... masa tu baru je lepas bertunang ngan abang...ada la kot dlm 2 minggu... tak sempat arwah nak tgk anak nya ni kawin... ”ampunkan akak abah... mungkin ada dosa-dosa yang akak lakukan pada abah yang akak tak sedar....” alamak sedih ni ... rindu kat abah....dah 7 tahun rupanya... Al-fatihah buat arwah abah...

Ok la nnti lagi sedih .... kita layan je la gambaq ni..

iman buat lawak..sebenaqnya penakut patung kat belakang tu...

taken by nabilah..(alamak mcm gemuk semacam je ibu ni...)


4 beranak

4 beranak jugak

nabihah dalam kapal...



Thursday, February 12, 2009

Cawangan RFC akan dibuka lagi tahun ni....

RFC cawangan Aloq Setaq.

Pada 7 Februari 2009 yang lalu, telah berlangsung majlis perasmian Radix Fried Chicken (RFC) cawangan Alor Setar, Stesen Bas Shahab Perdana. Ini merupakan cawangan kedua dan lebih banyak cawangan akan menyusul selepas ini.

Tahun ini bukan 1, bukan 2 RFC yang akan dibuka tapi lebih 10 buah restoran lagi akan dilancarkan. Berikut adalah senarai lokasi RFC baru:
1. Cawangan Alor Setar (Feb )

2. Cawangan Pulau Pinang (hujung March)
3. Cawangan Laguna Sungai Petani (awal april)
4. Cawangan Ipoh (awal april)
5. Cawangan Kulim (awal april)
6. Cawangan PJ (awal mei)
7. Cawangan Bangi (awal april)
8. Cawangan Kluang (awal mei)
9. Cawangan Kuantan (awal mei)
10. Cawangan Kelantan (awal april)
11. Cawangan Kangar (hujung march)
Sumber dari DuniaHerbaHPA
Alhamdulillah lepas ni senang nak pi makan klu teringat nak makan RFc kan....

Wednesday, February 11, 2009

Tiba2 pi bercuti....

Last week suddently husband decide nak pi cuti.... dia kata dia nak rest kan badan sbb seminggu dua sebelum ni dia byk keje kene siapkan sbb keje opis baru... masuk2 keje je kene handle projek baru company dia ... GENYES .. heheheh den pon masa mola2 tu confius jugak apa ke bende tapi dah ditgk di belek rupanya satu produk education based on technology communication... nak cerite kat sini mcm byk plak nnti tgk je la website ni.. http://www.genyes.com/ baru diperkenalkan kat M'sia dan sekolah pilotnya adalah sekolah teknik kat Sepang, KL and Seremban. So husband kene le monitor this 3 scholls. Dia punya founder Dr Dennis Harper..

Hari tu jumaat mmg den n nabilah demam.. so dok ja la kat umah... so malam tu dia balik dia kata kita pi cuti la.. terkijut den dok buat surprise mcm tu... walaupun dah tak larat tapi ke gagahkan jua demi suami ku yg tercenta..kekekeke .. kami decide pi melaka ja la dekat sikit tak la letih sgt nnti..dia ckp kita gamble je..ada rezeki kita bleh la dok hotel mana2.. sbb tak sempat nak booking hotel...so mlm tu bersiap la apa yg patut sbb pagi2 nak kene keluar sbb nak hantar bos genyes tu ke airport... wa nak jumpa 'mat saleh' dulu ke, naik keta kami plak tu.... tak dpt bayangkan mcmana ropa 'mat saleh' ni sampai kat concorde hotel terpandang sorang mat saleh yg cukup tinggi dan agak berumur jugak ..ropanya dah 60an umurnya... ermm very nice person.. dia bagi 3 biji pisang utk 3 anak den.. dok dlm keta sembang tak berenti sat... then bila sampai airport sepang nun..actually tak pernah pegi pon airport tu kelakar la plak... maka pertemuan kami berakhir di situ ...ropanya dia nak pi langkawi pi berehat di sana setelah handle projek genyes selama seminggu ... lepas tu baru la dia balik US. sempat la bergambaq dgn Dr Dennis tu.. dia bg RM50 kat anak kekekek buat belanja makan2 kat Melaka...

with Dr Dennis..dia pernah keje kat UKM

kami teruskan perjalanan ke Melaka dgn sukses sekali... on the way to call2 la jugak hotel2 kat melaka ada kosong ke dak..last2 dpt la jugak hotel D'village ..ok la dpt rehat n ada swimming pool jadi la sbb anak2 yg beria nak swimming ni... check-in kul 1 dok rehat sat petang sikit bawak anak2 mandi kat swimming pool ... dah kat kul 7 baru balik n siap nk pi makan...

seronoknya depa...ibu hanya sebagai pemerhati ja...

tiba2 husband teringat nak makan asam pedas ...sebenaqnya dia tak suka langsung asam pedas tp disebabkan dia penah makn kat satu tmpt tu yg terkenal dgn asam pedas dia dah jadi pengemar asam pedas plak tapi kene asam pedas melaka sytle la.. so tipon tanya org hotel kat mana asam pedas paling best ... dia kata Restoren Sri Melaka so kami pi la cari then jumpa ... wa mmg sedap hingga menjilat jari .. den yag tak suka makan pon jadi suka sgt memang sedap... jgn lupa na cuba try nnti klu pi melaka pi makan kat sana. lepas mkan balik sbb anak2 dah keletihan sbb main air tadi pastu tertidur semua kat dlm keta... so kami jalan2 besoknya je la....

besoknya pegi jln sekitar bandar hilir.. sempat pi naik kapal besar tu ja tapi kapal ni tak bergerak la... pastu dah tak larat nak jalan dah.. mengah semacam ja.. ingat nak naik bot yg kat sebelah tu tapi org dah penuh... pastu amik masa 45 plak lepas tu baru ada bot ..aah tak larat nak tunggu so kami balik je la... to be continued husband dah sampai....

Tuesday, February 10, 2009

Menghitung Hari....

erm dah dekat nak bersalin ropanya... minggu ni dah 33 minggu .. klu experience yg lepas2 anak 3 org tu...paling cepat 36 minggu dah deliver...itu iman la tu..takut jadi mcm tu la jugak...sbb Doktor ckp yg ni insyaAllah baby boy. ya Allah semoga semua nya selamat....nnti tercapai la impian nabilah nak cukup kan meja makan kat umah yang ada 6 kerusi tu... masa makan dia asyik duk kira brp yg ada kat umah then compare ngan kerusi makan tu...masa haifa baby lagi dok kata sapa nak duduk satu lagi kerusi tu...kekekek anak ibu ni lawak la... insyaAllah kak.. nnti cukup la ahli keluarga kita yg nak duduk kerusi tu... tapi klu ada lagi ... alamatnya ayah kene le beli meja yg ada lapan kerusi plak....dah nak kene tambah 2 lagi ....kekekekeke mcm2 ..itu lambat lagi ...bagi ibu relex dulu utk beberapa tahun ni... bagi kuat sikit... ini pon dah rasa tak larat nak jalan dah ..rasa mcm baby tak sabar nak lihat dunia ni... sabarlah anakku... cukup masa ibu akan lahirkan kamu....kekekeke apasal mcm sedih plak rasa.. ooo betui jugak lepas bersalin kita semua akan ditinggalkan ayah kan... aik semacam je bunyinya... ayah kene pegi training la kat Batam, 2 bulan plak tu...ooh sedihnya.. tapi demi mencapai impian mu bang..kami sedia berkorban... nnti tinggal la kami 5 beranak kat umah.... sib baik adik balkis sudi nak menolong dok umah kita ...sementara nak besaq baby kecik tu... tapi abang janji nak balik seminggu sekali kan.. tak pa la abang pegi dulu sana then klu ok kami pon nak pi jugak...kekekekeke dalam pantang masa tu ada hati nak berjalan jauh2... tak pa la lagi pon anak sekolahkan ... nnti abang nak pegi tmpt lain lagi kan ...bila baby dah besaq sikit boleh la kami ikut ... alamak mcm tak caya je nak naik 'burung besaq' ...maklumlah penakut tmpt tinggi ...ermmm mcmana nak pi mekah ni klu takut kan.... ish asyik berangan je... yg penting selamat bersalin dulu dan abang pi training dgn success...

Fetal development - 8 months

Thursday, January 29, 2009

Radix Fried Chicken

RFC kat Sg Petani, Kedah

Masa on dway nak balik dari Kg ke umah ... eden yg mmg teringin nak makan RFC ...pi la singgah sekejab ke Sungai Petani nun.. nak makan RFC la katakan... dok baca dr internet mcm2 feedback org pasai RFC so teringin la plak.... baby dlm perut sama nak makan (kekekek) ..memang betui la org penuh dan tak putus2.. nak beratuq beli sejam jugak la ...dlm sejam tu mmg bleh tgk betapa ramainya pengemar RFC...mungkin ada yg dah cuba atau mungkin jugak org mcm kami baru nak try... tapi yg pastinya mmg salute habis la kat HPA sbb dpt buat mcm ni... terima kasih banyak2 la kat hubby ku yang sanggup beratur lama nak tunai hajat si isteri yg teringin nak makn RFC... penat ooo.. nnti kita pi makan lagi na..den ngan nabihah dok dlm keta ja ...yg dua org lagi tu ikut ayah dia pi main kat playground dlm tu ....

Dari segi makanan not bad la bleh setanding la ngan KFC ... sapa yg tak pernah cuba ...bleh la cuba nnti... jangan la berkira sangat pasai fahaman politik klu ikut tu byk jugak bende klu nak ikut fahaman politik kita tak kan beli atau makan produk tu... ini produk org islam ..memang la depa kata HPA ni support org PAS tapi Mc D yang support org Israel bleh plak kita makan na...heran sungguh org kita ni....kita kene support org kita (org islam) ...klu depa tak buat kita tak dpt merasa ayam mcm KFC yg org luaq punya... so apa lagi meh pi cuba RFC... klu ada terkurang tu ..biasa la mereka masih baru ... KFC tu dah puluh tahun sbb tu dah establish... ada masa lagi utk depa improve... kita kene berfikiran positif...

7/2/2009 ni ada cawangan baru kat Aloq Setaq...kat station bus Shahab perdana... so bleh pi cuba sana plak dekat la sikit dari SP tu... tapi klu ada kat Perlis lagi la baik... itu yg pelik pengasasnya org perlis klu tak silap...kilang2 byk kat perlis tapi kat perlis tak dak RFC... pelik sunguh na... camna bleh jadi lagu tu.... harap2 tak lama lagi ada la kat perlis ni... dan juga seluruh m'sia senang nak makan klu terinngat nak makan... tgk website dia klu nak tgk menu... http://hpa.com.my/rfc/



Wednesday, January 28, 2009

Kenduri Akikah Nabihah...

Masa balik kg baru ni ...tak rancang apa-apa pon nak buat kenduri akikah nabihah... sebab cadang nak buat sekali ngan adik yg dalam perut ni bersalin nnti.. maklumlah keluarga besar sekor kambing mcm tak cukup... klu dpt baby boy bleh le 3 ekor..wahh meriah la makan kambing nnti... tapi dlam perjalanan nak sampai kampung masa tu hari Sabtu 24/1 ..balik sempena raya cina la ni... dah sampai Alor Setaq tiba2 hubby kata kita buat kenduri nak tak..terkejut eden..nak buat kenduri akikah plak tu... mana tau kambing tak dak.. kan dah payah nak mencari...then hubby pon call la maknyer .. tanya ada ke kambing ... nak di jadikan cerite ..segala urusan dipermudahkan sehingga berakhirnya kenduri ..... kenduri ni sekali la buat tahlil.. sbb dah lama tak buat jugak... alhamdulillah syukur sangat2..semuanya berjalan ngan lancar.. kebetulan ramai gak adik beradik yg balik cuti raya cina so.. ramai la yg dapat menolong..alhamdulilah.. terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung... terutama sekali suami dan mak mentua den (sbb buat kat umah mak mentua) terima kasih byk2 ... adik2 den.. syikin yg tolong sampai habis kenduri dok berkampung kat sana...dia kata kesian kat kak dia ni dah la perot dah sarat...mana nak larat buat keje2 berat.... mak2 sedara... meriah jugak la kenduri kali ni walaupon sekor kambing tapi kami tambah la lauk lain ..buat gulai ikan.. ayam masak merah... (ayam abang nizam sponsor alhamdulillah...terima kasih buat abg ipar ku..) ikan kembong goreng bersama sambal belacan + ulam-ulaman ...wah sedap hingga menjilat jari..... bukan nak puji tapi mak mentua saya ni mmg pakar masak kambing ... sapa yag pernah rasa mesti kata sedap ... den yg tak pernah makan kambing bila kawin ja ngan abang bleh plak makannya..termasuk la adik2 den ....semua kerana masakan mak mentua ku itu.... ingat tak cukup lauk nya sbb yang datang ramai sungguh ... tapi alhamdulillah berkat kot org kata sampai tetamu terakhir datang pon bleh merasa la jugak kambing yg seekor tu.. siap ada yg bleh tapau tu... alhamdulillah sekali... tapi dalam dok syok tu ...ada jugak insan yg tak dpat datang semuanya kerana salah faham.. Mak den la ni...sedih mmg sedih tapi nak buat camna.. mak den hari tu dah janji ngan org nak mengurut n cukur kepala baby sbb dah janji mmg tak leh nak cancel... mengurut patut 3 org ari tu tp mak cancel 2 org sbb nak dtg kenduri cucu dia ni... lepas habis keje dia balik mak ku ini nak menunggu di rumah nnti anak2 dtg amik...tapi apakan daya sbb salah faham masing2 ingat mak pi dgn org ni ..pi dgn org tu ... maklumlah anak ramai ni..dia ngan adik baby tertinggal la kat umah ....kesian plak...tak pa la mak cucu mak ramai lagi nnti kita buat lagi... kali ni mak kene cancel semua skali... mak dpt la jugak makan dah tapau sama mak banyak2..walaupun dia tak makan kambing... ... begitu le cerite nya kenduri yg tak dirancang ni... nasib baik semuanya berjalan ngan lancar... klu tak dak org tolong jenuh jugak la ni...

Wednesday, January 14, 2009

Kasihanilah rakyat Palestin...betapa kejamnya mereka..

Dalam kita bergembira ..berapa ramai rakyat palestin yg menderita dan terbunuh di negara mereka sendiri...betapa kejamnya Israel... org yahudi tetap yahudi ..sampai kiamat mereka tetap akan mengambil tanah suci itu... dalam alQuran dah termaktub rakyat Pelestin adalah ummat yg terpilih....syurgalah bagi mereka kerana mempertahan maruah agama, bangsa dan negara..mereka mati ..mati dlm iman ...mati syahid.... semoga rakyat Palestin terus bertahan dan negara2 islam seluruh dunia dapat membantu mereka ...bersamalah kita berdoa semoga mereka dilindungi oleh Allah swt...semoga datanglah bala yg menimpa rakyat Israel sebagai pengajaran pada mereka bahawa Allah lebih berkuasa dari segala2nya....Ya Allah lindungilah mereka ya Allah kasihanilah ummat mu yg lemah itu ... Bersama2 kita membantu dengan mem'boikot' produk dari AS dan israel... hentikan bantuan yang 'tersirat' yg tanpa kita sedari... mungkin dengan cara itu mereka akan lemah...

produk-produk ini adalah milik/penyokong Yahudi...tolong sebarkan ...
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

Dipetik dari Utusan Malaysia- 12/1/2009
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot dipetik sebagai berkata: "Hukum memboikot barang AS kini jatuh WAJIB dan jika ada sesiapa yang tidak mahu memboikot maka hukum menyokong AS dan Israel ialah lawan bagi wajib, iaitu HARAM." Beliau menegaskan hukum wajib itu tepat kerana adalah jelas AS dan Israel kini terus degil, sombong, takbur, bongkak, tidak berperikemanusiaan, musuh agama dam membunuh manusia tidak berdosa termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua di Gaza. "Usaha ini perlu berterusan dan jangan hangat-hangat tahi ayam," katanya.

Thursday, January 8, 2009

Dah dpt lesen ye ye....

Alhamdulillah..akhirnya semalam 08/01/09 berjaya jugak dpt lesen kereta.. dipermudahkan segala urusan dengan jayanya. Maklumlah dah pregnant 7 bulan ni malas dah nak amik lg..nasib baik sekali test dah berjaya kedua2 bahagian. Macam tak percaya tapi kena percaya jugak...bayangkanlah masa belajar tak confident langsung boleh buat ..akak yg ngajar tu dah naik tension je... tapi nasib baik la ahad last week last belajar dapat jugak ilham/petunjuk mcmna nak bawa keta dengan betul,.. klu tidak ada ja la lupa step...maklumlah dah tua baru nak belajar camtu la... so sapa2 nak belajar elokla amik masa muda tu klu tidak jenuh la cikgu nak marah sokmo...hehehehe .. yg perasan masa test bahagian 2 saya naik keta no 32...mcm tau2 ja kita ni dah tua dah... ermm so next week boleh la bawak anak2 n husband jalan2 ..cuba try test tgk... boleh ke dak???? fidah ..ita ... bila nak joint ni... anyway tanpa suami tercenta memberi support tak mungkin den dapt lesen tu... ye la sapa nak jaga anak2 masa den pegi belajar tu... bagi makan anak2... n anak2 yg jugak tak buat perangai masa ibu tak de kat umah... tiap2 hari balik dr belajar driving mesti tanya 'ibu dah pandai bawak kete ke? nnti boleh bawak kakak ngan bang ngah pegi sekolah...kawan2 kakak semua ibu diaorg yg hantar '... kekeke itu moral support jugak tu...

sempat lagi amik gambar keta masa test ari tu ...ni masa naik bukit...tgh stand by la ni..